Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog saya yang tidak sepertinya ini.Anda akan mendapati kata-kata pedoman yang dipaparkan di sini tidak menyertakan nama pemilik kata-kata tersebut. Apalah ada pada nama, malah akan membuat kita prejudis dan menilai orang yang membuahkan kata-kata yang baik itu, sedangkan yang penting, kita dapat mengamalkan kata-kata itu sehingga ianya menjadi sifat semulajadi kita. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang baik-baik dan orang lain juga mendapat manfaat daripada amalan yang terbit dari hati yang bening dan ikhlas.

Tidak ada hakcipta terpelihara untuk ilmu yang datangnya dari maha Esa. Bahkan kita dituntut untuk menyebarkan apa yang kita tahu. Maka sebarkanlah apa saja yang anda fikirkan perlu disebarkan. Tidak perlu link kembali atau minta izin. Apa yang anda baca di sini hanyalah maklumat. Ianya akan menjadi ilmu yang manfaat apabila diamalkan. Dan jika kita sampaikan ilmu yang kita ada kepada orang lain, maka Allah akan menganugerahkan kepada kita ilmu yang belum kita tahu.

Terima kasih kerana sudi mampir ke blog saya yang serba ringkas ini. Sudi juga kiranya kalau dapat, meninggalkan kata dua untuk pedoman saya, juga untuk pengunjung yang bakal datang. Semoga kita sentiasa berada didalam kesejahteraan.